Monday, February 16, 2009

Seloka 6A2 - SMK St.Mark

Marilah pembaca mendengar cerita
Pasal budak-budak kelas 6A2
Banyak ragam kelas ceria
Itulah kelas perakaunan tingkatan 6

Satu ketua, seperti perdana menteri
Mari ke sekolah sibuk sini dan sana
Kerja diberi bertimbun tinggi
Meow Ning itulah orangnya

Rathinaa pulak penolongnya
Pergi dan balik hanya buku pemantauan
Mintak duit sebulan sekali
Lay Theng kita orang punya bendahari

Sorang pengawas Christine namanya
Cakap "BI" fulamak terrenya
Kelas cantik ada penghias
Shu Fen adalah wakilnya

Diam-diam ubi berisi
Pheak Chen nama diberi
Rambut kemas bak pramugari
Kalau cakap mesti tak henti

Teman sejatinya Pei Pei
Kuih cina pelbagai jenis dilelongnya
Shee Yee gurau kalah king kong
Kalau marah, semuanya lari

Li Bee amat suka kebersihan
Sampah sikit pun dia tak tahan
Time tugas mesti ikut arahan
Kelas terkotor tidak akan jadi kenyataan

Kalau gaduh WWF dialah orangnya
Taekwando kita Qian Weii namanya
Rambutnya straight ala-ala nyonya
Choon Khim agen fashion ternama

Hui Lian pendiam orangnya
Bila tak faham tak mau tanya
Suk Ting selalu tak faham
Kalau bertanya bulat matanya

Hai Huat rajin sekali
16 bidadari semua dia miliki
tersengih-sengih sampai nampak gusi
Kalau bukan Ming Hoon siapa lagi

Nak kata kembar tak juga
Hoay Fang, Sook Fun diberi nama
Time belajar bukan main seriusnya
Bila ditanya mesti ternganga

Kalau ekonomi Pn.Fauziah nombor satu
Parlimen MCA mesti dia kalah
Denda duit kemahirannya
Menjadi idola kelas 6A2

"Seloka ini dituju kepada guru ekonomi tersayang saya,Pn Fauziah Binti Abdullah yang akan bertukar ke sekolah St.Michael di Ipoh pada 18 Februari 2009"

1 comments:

Anonymous said...

Aye ~ meow meow nice blog ...
I just love this poem so much but
there's a few things that i don't quite get ><
what's fulamak and terrenya means??

straight ala-ala nyonya??
and why will econ's teacher lose if she join MCA??

hehe...
I'm just being a curious baby^^
Just Ignore my question if i'm asking something stupid =)

p.s: here's my blog address ~ http://christine88.pixnet.net/blog